Selasa, Ogos 25, 2009

Pengajaran Hari Ini


Pagi ini saya hendak keluar membayar segala bil. Maklumlah hari ini hari gaji. Malangnya enjin kereta tidak dapat dihidupkan. Rupa-rupanya baterinya sudah rosak. Saya pun menelefon mekanik meminta dia datang ke rumah dengan membawa bateri baharu. Selepas mekanik itu menggantikan bateri yang baharu barulah enjin kereta dapat dihidupkan. Tidak pasal-pasal pagi ini sudah melayang RM 190.00. Nasib baiklah hal ini berlaku semasa cuti. Sekiranya hal ini terjadi semasa hendak pergi kerja lagilah haru dibuatnya. Terpaksa pula mengambil MC atau cuti rehat.
Pengajarannya: Senantiasalah memeriksa keadaan kereta anda terutamanya bateri, air, dan minyak pelincir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan